Kuacidotnet
Bila semua jalan dah cuba… bomoh jadi pilihan terakhir? Filem komedi terbaru arahan Syed Fariz. Di pawagam 4 Jun 2026.
Kuacidotnet
Suami percaya tahyul & petua turun-temurun. Isteri pegang pada agama, sains & doa. Bila anak gagal SPM percubaan… konflik bermula!
Kuacidotnet
Demi anak sambung belajar luar negara, satu keluarga jelajah serata negeri jumpa bomoh "berkuasa luar biasa" — tapi yang dijumpa cuma penipuan demi penipuan.
Kuacidotnet
Dato Aaron Aziz • Scha Alyahya • Khairy Jamaludin • Ungku Hariz • Tiara Rose • Dato Afdlin Shauki • Johan • Amy Search • Aedy Ashraf • Ozlynn Waty
Kuacidotnet
Komedi yang sarat sindiran sosial — usaha, ilmu & doa adalah asas sebenar kejayaan. Sesuai untuk seisi keluarga!
Kuacidotnet
1/5
Entertainment & Lifetstyle

5 BOMOH, 1 MISI: PENCARIAN YANG TAK TERJANGKA!

22 Jun 2026  ·  5 min bacaan  ·  158

5 BOMOH, 1 MISI: PENCARIAN YANG TAK TERJANGKA!

Kalau Semua Jalan Dah Cuba… Bomoh Jadi Pilihan Terakhir?

Kuala Lumpur, 4 Jun 2026 – Demi mengejar impian atau mencari penyelesaian segera, ada yang sanggup meletakkan harapan kepada perkara yang dianggap mampu mengubah nasib. Namun, sejauh manakah kepercayaan tersebut benar-benar membantu, atau sekadar membuka ruang kepada penipuan yang mengambil kesempatan atas harapan manusia?

Berangkat daripada realiti inilah, 5 Bomoh, filem terbaharu arahan Syed Fariz, tampil sebagai sebuah naskhah komedi yang menghiburkan serta membawakan mesej sosial yang dekat dengan kehidupan seharian. Bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026, filem ini mengajak penonton meneliti sebuah fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat melalui perspektif yang ringan, menghiburkan dan penuh pengajaran.

Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, diedarkan oleh Skop Production Sdn Bhd serta dipasarkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Mask Team, 5 Bomoh menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Dato Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaludin, Ungku Hariz, Tiara Rose, Dato Afdlin Shauki, Johan, Amy Search, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty. Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang ini menjadikan filem ini lebih segar dengan pelbagai ragam dan situasi komedi yang mengundang tawa.

5 Bomoh mengisahkan Rashdan (Dato Aaron Aziz), seorang ahli perniagaan yang sejak kecil percaya kepada amalan tahyul dan petua turun-temurun. Berbeza dengan isterinya, Sakinah (Scha Alyahya), yang lebih berpegang kepada ajaran agama serta mempercayai sains, pendidikan dan kekuatan doa dalam menghadapi setiap ujian hidup.

Segalanya berubah apabila anak perempuan mereka, Nisa (Tiara Rose), gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terlalu mendambakan anaknya menjadi individu pertama dalam keluarga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, Rashdan mula panik dan mencari pelbagai cara untuk memastikan impiannya menjadi kenyataan.

Atas cadangan pembantunya, Alam (Ungku Hariz), Rashdan nekad membawa keluarganya menjelajah serata negeri dalam usaha mencari jalan penyelesaian daripada beberapa bomoh yang dikatakan memiliki kuasa luar biasa. Namun, pencarian itu tidak membawa mereka kepada jawapan yang diharapkan. Sebaliknya, mereka berdepan satu demi satu penipuan yang membongkar ketamakan dan manipulasi kepercayaan demi kepentingan peribadi.

Menurut Syed Fariz, 5 Bomoh bukan sekadar sebuah filem komedi tetapi juga sebuah naskhah yang sarat dengan sindiran sosial yang mengajak penonton melihat realiti masyarakat dengan cara yang lebih santai. “Melalui komedi, kami cuba menyampaikan mesej bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Kadangkala manusia terlalu mudah mempercayai perkara yang menjanjikan hasil segera sehingga lupa bahawa usaha, ilmu dan doa adalah asas sebenar dalam mencapai sesuatu impian. Walaupun disampaikan secara ringan dan menghiburkan, mesej yang dibawakan dalam filem ini sangat dekat dengan kehidupan kita,”

Dalam masa yang sama, 5 Bomoh turut menyentuh tentang hubungan kekeluargaan, tekanan ibu bapa terhadap anak-anak serta kecenderungan orang ramai untuk mencari penyelesaian mudah apabila berdepan cabaran hidup. Dengan gabungan elemen komedi yang segar, pemerhatian terhadap realiti masyarakat dan mesej yang relevan, filem ini menawarkan pengalaman tontonan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 5 Bomoh di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026. Bersedialah untuk mengikuti pengembaraan penuh kekecohan 5 Bomoh yang menjanjikan pelbagai keajaiban, tetapi akhirnya membuka mata tentang nilai sebenar usaha, ilmu dan kepercayaan.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif 5 Bomoh, ikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios.

- TAMAT -

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Nawar ‘Nnn’ Deress

: HP 012 205 0105

nawar@tv3.com.my

Naquib Zahrim

: HP 017 650 4426

naquib@tv3.com.my

Lieu Lui Meng

: HP 018 765 8736

lui.meng@tv3.com.my

Efendi Amir

: HP 018 313 5124

efendi.amir@tv3.com.my

Amirulhakim Lokman

: HP 016 576 2676

amirulhakim.lokman@tv3.com.my

Syafiq Syahmi

: HP 019 477 6997

syafiq.syahmi@tv3.com.my

Farah Najlaa

: HP 019 266 0484

najlaa.zamri@tv3.com.my

Goh Yong Xuen

: HP 011 3338 7586

yongxuen.goh@tv3.com.my

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS

Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia

Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

MENGENAI SKOP PRODUCTIONS

SKOP PRODUCTIONS, diasaskan oleh Datuk Dr. Yusof Haslam pada Mac 1985, merupakan penerbit utama dalam industri perfileman dan televisyen di Malaysia. Berpusat di Kuala Lumpur, syarikat ini komited menghasilkan siri TV berprestasi tinggi dan filem pecah panggung merentasi pelbagai genre, dengan impak yang melangkaui sempadan negara.

Sepanjang penubuhannya, SKOP PRODUCTIONS telah menerbitkan pelbagai karya yang meraih anugerah dan mendapat sambutan hebat di Malaysia serta Asia Tenggara. Kejayaan ini didukung oleh tenaga kerja profesional, termasuk jurutera bunyi, penyunting, pengarah kreatif, penulis skrip, dan penerbit yang diiktiraf dalam industri.

Dalam industri yang terus berkembang, SKOP PRODUCTIONS mengekalkan pendekatan holistik, dengan pengarah terlibat dalam setiap peringkat produksi—dari konsep awal hingga suntingan akhir—bagi memastikan setiap karya mencapai standard kualiti tertinggi.

MENGENAI GLOBAL STATION SDN BHD

Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh penerbit tersohor, Zaitun Mohd Jiwa, Global Station Sdn Bhd merupakan antara syarikat produksi terkemuka di Malaysia yang aktif dalam penerbitan drama, filem dan kandungan televisyen berkualiti tinggi. Kini diterajui oleh Zetty Alia dan Zetty Adila, syarikat ini terus memperkukuhkan reputasinya dalam industri kreatif tempatan serta pasaran serantau.

Sepanjang lebih dua dekad, Global Station telah menghasilkan pelbagai karya popular merangkumi drama bersiri, telefilem dan filem yang mendapat sambutan penonton serta memperlihatkan kekuatan penceritaan tempatan. Dengan pengalaman luas dalam produksi di dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Australia, Mekah dan Sepanyol, Global Station terus komited menghasilkan kandungan berimpak tinggi yang mampu menembusi pelbagai lapisan penonton.

Dilengkapi dengan fasiliti produksi dan pasca produksi sendiri serta disokong oleh tenaga kerja profesional berpengalaman, Global Station sentiasa mengutamakan standard penerbitan berkualiti, inovatif dan relevan seiring perkembangan industri hiburan masa kini.

Berlandaskan visi untuk menjadi syarikat produksi sehenti terkemuka di negara ini, Global Station terus membawa karya tempatan ke tahap yang lebih tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kongsi

Komen

Log masuk untuk menyertai perbualan

Only community members can comment. Sign up with your name & email — it takes a moment.

No comments yet — be the first to share what you think.
Pautan disalin